Pages

Saturday, January 26, 2013

Cyst dan Jamu Susuk Dara

Antara permintaan pengguna yang paling tinggi ialah dari pengguna yang menghadapi cyst , Antara soalan yang diterima rakan agen dan di jawab oleh Pengasas Jamu Susu Dara

SOALAN:
 sis mohon pencerahan ada kes cust yg ada cyst 10cm....."Minta tolong siapa ada testimoni rawat cyst.. Ada kawan nak kena operate kali ke-4 dah lagi 2 minggu.".....x nk operate lg x larat dh...nk usaha dgn JSD....can u give opinion..
JAWAPAN:
 jaminan utk cyst tu hilang kami bukan doktor yg buat operation. tetapi boleh ikhtiar utk memecahkan darah beku dgn cara memanaskan rahim dgn JAMU AKU DARA. sepanjang rawatan beliau mungkin akan rasa tak sedap badan dan mungkin suhu badan akan meningkat seperti demam panas dan agak sakit seperti datang bulan. proses turun darah mungkin akan lebih dari 1 minggu. dimana puan tadi hendaklah dalam keadaan berehat dan minum bekalan air kosong atau air suam yg agak banyak. disini juga saya juga suka buat tambahan puan ini boleh makan bersama COKLAT LOVE HABIBI utk menstabilkan tenaga. dan didalam coklat love habibi juga mengandungi daun derhaka mertua yang berfungsi utk menjatuhkan darah beku. kita hanya berikhtiar mencuba utk alternatif tetapi itu semua dgn izin Allah. jika sakit berterusan adalah lebih baik ke doktor.

Sebagai penjual, saya berharap pengguna yang mengidap cyst dapat mengenalpasti tahap cyst yang dihadapi mereka sebelum mencuba dan sedia maklum kesan penggunaan Jamu Susuk Dara.Sedikit info yang saya dapatkan dari pakar sakit puan Dr Hamid Arshat iaitu Jenis-jenis Cyst.

Serous Cystadenoma of ovary - kandungan nya air - cyst ini besar , macam hamil 9 bulan.



Banyaknya air dalam karung cyst



Ramai orang bingung tentang jenis2 cyst dalam kilang ovary, mana satu yang merbahaya, malignant (jenis kanser) , benign( bukan kanser) , yang merosak benih dan peranakkan (endometriosis) dan yang bolih hilang tanpa rawatan (follicular cyst)

Cyst adalah sejenis tumbuhan dalam kilang ovary. Mengapa ia digelar cyst?  Sebabnya tumbuhan in mesti mengandungi cecair/fluids, samaada air, cecair becampur perotin, darah beku, darah haid , minyak dan lemak, lendir. Ia bolih disertai dengan tumbuhan daging yang munkin jenis kanser, rambut , cartilage, tulang dll

1. Follicular cyst . mengadungi air, bermula sebagai karung telor tetapi tidak pecah pada  waktu subur/ovulation, ia terus membesar kadang melebihi 5 cm. Biasanya akan pecah sendiri tanpa perlu bedah dan airnya diserap badan. Tidak perlu dibedah.









2. Corpus luteal cyst - Bermula dari bekas kantung telor yang telah pecah/ovulation dan kehamilan telah berlaku. Peranan corpus luteum ialah untuk menguatkan kehamilan diperingkat awal sabelum uri mengambil alih peranan tersebut kemudian. Kadang2 ia membesar sehingga 8 cm. Jangan takut, kerana biasanya cyst ini akan pecah sendiri dan cecairnya diserap badan.



3. Hemorrhagic cyst - cyst yang mengandungi darah, ia bolih bermula dari follicular atau corpus luteal cyst, perdarahan berlaku kedalam cyst atau pecah dan darah melempah merata dalam perut menyebabkab kesakitan yang kuat. Perlu pembedahan cemas.



4. Ruptured ovarian cyst - menyebabkan kesakitan dan perlu dibedah secara cemas.






5. Endometriotic cyst of ovary - mengandungi darah kotor, merosak ovary, saluran fallopio dan rahim.. Perlu bedah.



6.  Dermoid cyst ovary atau terratoma mengandungi cecair berminyak dan lemak, rambut, cartilage , gigi atau tulang. Perlu dibedah




No comments:

Post a Comment

 

House of Cloth Diapers Copyright 2010 | Designed by Neyhan Creative