Pages

Tuesday, May 5, 2009

Pengenalan Cloth Diapers



SEDIAKAH ANDA BERUBAH

dari

ke

Mari Kenali Cloth Diapers

Cloth Diapers terdiri daripada Pocket Pants dan Insert

Pocket Pants atau saya panggil CD sahaja
Bahagian Luar dari kain PUL atau fabric polyurethane laminate
yang tahan lasak dan waterproof
Bahagian dalam dari
Soft Inner Layer atau fabric microfleece/suede berfungsi memastikan punggung bayi berada dalam keadaan kering dan mudah untuk dibersihkan.
Snap Buttons (Butang Katup) : Untuk sesuaikan sz dari S, M dan L.
Pocket Opening : Ruang untuk memasukkan insert/soaker

Insert/Soaker
Berfungsi menyerap basahan dari bayi anda. Sehelai boleh bertahan 3-4 jam.



Apa itu ONE SIZE CD ?

Merupakan CD yang boleh diubahsuai saiz dari S ke M atau L hanya menyelaraskan butang-butang seperti ditunjukkan dalam rajah di bawah.



KENAPA CLOTH DIAPERS????

1. Jimat kos pembelian.

Walaupun harga sehelai cd akan dipandang mahal bagi pengguna kerana harga sehelai cd dah dapat beli sepeket disposable diapers bukan???. Tapi mari kita fikirkan dari segi jangka masa panjang. Lebih2 lagi kalau anda bercadang mempunyai anak seterusnya.

Mari kita kira......

Kos menggunakan Dispo Diapers
sehari katakan 6 kali, dan katakan harga sekeping DD ialah RM0.60

RM0.60 X 6 = RM3.60 sehari
RM3.60 X 365 hari=RM1314 setahun
RM1314 X 3 =RM3942 untuk 3 tahun

Kos belian Cloth Diapers berharga RM45

Beli 10 helai : 10 x RM45 = RM 450
Beli 20 helai : 20 x RM45 = RM 900
* lebih banyak stok CD anda lebih tahan lama, kerana lambat lusuh


Jimat kerana boleh digunakan untuk anak seterusnya.
Jimat juga kerana boleh digunakan dari saiz S, M dan L

2.Cloth Diapers Lebih Sihat (rujuk kandungan Dispo)

3.Cloth Diapers Mesra Alam
Disposable Diapers merupakan 50% daripada sampah domestik rumah mengambil masa sehingga 500 tahun untuk mereput dengan sendirinya.

4.Cloth Diapers Bergaya
Terdapat dalam pelbagai pilihan warna untuk dipakaikan anak-anak kita.

1. Penggunaan kali pertama, CD dan Insert hendaklah dibasuh tanpa sabun. CD sekurangnya 2x manakala Insert sekurangnya 3x. Kenapa ? Membuang sisa kotoran pengilang dan menambah baik daya serapan fabrik terhadap cecair

2. Masukkan insert ke dalam pocket diaper dan selaraskan sz yang bersesuaian

3. Untuk penggunaan siang hari boleh gunakan sekeping insert, manakala malam ialah 2 insert. 1 insert boleh tahan 3-4 jam.

Jadual berikut boleh dijadikan rujukan :
7-10 pg : 1 helai cd + 1 insert
10-1 tg : 1 helai cd + 1 insert
1-4 ptg : 1 helai cd + 1 insert
4-7 ptg : 1 helai cd + 1 insert
7-12 mlm : 1 helai cd + 2 insert
12-7 pg : 1 helai cd + 2 insert

So total sehari penggunaan ialah 6 keping CD bersama 8 helai insert

Cara Membasuh

1. Sembur air untuk menghilangkan stool yang terkena inner Cloth Diaper.




dan lagiiiii.......



2. Tadaaa dah bersih punnnnn...........................



3. Operasi membilas sehingga tiada bau hancing







4. Setelah bilas, simpan dalam baldi untuk sesi basuhan



5. Masuk dalam mesin basuh seperti biasa..kalau sayang guna laundry net ye kengkawan..tapi laundry net dah anak saya buat mainan hari ni.. Juga guna kuantiti sabun sedikit sahaja. Jangan letak klorox atau pelembut kerana material CD akan rosak.



6. Sesi menjemur ..hahahhaha...sambil2 promote saya pennguna CD Dah kering bole la kita lipat trus....nantikan cerita seterusnya..x sempat amik gambar lagikk



Masalah Membasuh CD
masalah stool : bahagian inner cd berwarna kuning /sedikit hitam
penyelesaian : gosok sedikit sabun atau biarkan beberapa kali basuhan dan dijemur di kawasan panas kesan tersebut akan hilang. Juga boleh gunakan baking soda
masalah lain : geli dgn stool anak
penyelesaian : alaskan dengan Bio-degradable liner
- boleh flush away dalam toilet bowl


Cara Memasukkan Insert Ke dalam Pocket CD

1. Gambar menunjukkan pocket CD yang telah diselak



2. Ini ialah insert yang akan dimasukkan dlm pocket CD



3. So skang kita masukkan insert ke dalam pocket CD..Bole juga masukkan 2 sekali insert bergantung kpd penggunaan ok..



4. Gunakan tangan dan Ratakan insert dalam pocket CD ini untuk elakkan daripada bocor .



5. Inilah rupa Cd yang telah siap diisi dengan Insert ...


Cara Mengadjust Saiz CD dari S, M, L

1. Ni saya tunjukkan cara adjust sz S atau paling kecil sekali yek..
Ambil butang paling bawah sekali dan snap pada butang paling atas.



2. Tadaaaa..dah jadi saiz S



3. Ok kita buat sz M plak yek..butang ke 2 atau tengah2, kita snap pada butang paling atas sekali.

4. Tadaaaa...dah jadi sz M


5. Untuk sz L atau paling besar, kita tak payah snap apa butang2...



Senang kan!!!!

______________________________________________________________

No comments:

Post a Comment

 

House of Cloth Diapers Copyright 2010 | Designed by Neyhan Creative